1. Saya ditanya mengapa Lina Joy tidak diberikan zakat, saya jawab jika dia layak pasti dapat.
2. Saya di tanya mengapa dia tak layak, saya jawab jika ada keraguan memang tidak layak juga.
3. Saya di tanya mengapa tiada orang yang membimbing dia, saya jawab bukan guru yang mencari murid.
4. Saya di tanya mengapa Lina Joy tidak ada pegangan agama yang kuat, saya jawab hubungan manusia dengan agama adalah melalui perlakuannya kepada tuhan, jika hubungannya baik dengan tuhan, pasti ada manusia lain akan nampak dan akan menjadikan hubungan dia dengan manusia juga baik.
5. Saya ditanya mengapa tiada pihak membantu Lina Joy, saya jawab ada, dia dah ambil peguam yang bernama Dato Dr Cyrus Das.
6. Saya ditanya mengapa tiada wakil dari badan Islam yang membantu, saya jawab Haji Sulaiman Abdullah dari Majlis Agama Islam, Dato’ Umi Kalthum Abdul Majid Peguam Kanan Persekutuan dan wakil Jabatan Pendaftaran Negara dan Kerajaan Malaysia.
7. Saya jawab lagi, yang menyokong Lina Joy terdapat lagi 11 NGO dalam Negara dan luar Negara. Adakah ini tindakan dia berseorangan?
8. Saya jawab lagi, ini bukan kes kerana tak dapat bantuan zakat atau keluar masuk agama Islam, tapi Gerakan Missionary Kristian yang cuba menyebarkan agama. Bukan kerana tiada orang bijak pandai agama dalam Negara, tetapi permainan undang-undang yang cuba memalukan Negara. Kerana Malaysia yang di tadbir oleh pemimpin yang beragama Islam. Kerana itu kita berusaha mentadbir dan menjaga agama Islam dengan sebaik mungkin.

Advertisements