Kita berlari mengejar sesuatu yang didepan tanpa sangka yang dikejar itu adalah laba atau bala. Amat berbeza antara mengejar dan berlari. Nampak seperti sama, tapi kita tidak tahu niat atau tujuan sebenar.
Ada pelbagai teori atau pendapat dalam menangani sesuatu permasalahan. Terdapat beberapa peringkat yang setiap manusia harus hadapi. Masa kecil, masa muda, masa tua, masa sakit atau mati.
Dalam masa tersebut, berlaku juga peristiwa berkaitan cara hidup, budaya dan adat berbangsa. Sama ada menjadi penyumbang atau perosak, masalah dan ceritanya tetap sama. Mengalami proses perubahan.
Mengambil contoh dari mana sekalipun, ianya bukan selera kita. Kita berhak mencorak warna yang kita mahu. Mana-mana tamadun dunia sekali pun mereka berdiri atas nasib mereka sendiri.
Masa terus berlalu, masa akan berada didepan juga. Negara kita harus berdaya saing. Tapi bukan kerana fahaman politiknya yang kusut. Menikmati kemewahan yang ada, tetapi merosakkan pula dengan perasaan tamak. Siapa rugi? Kerana pemerintah yang jahat atau sifat diri yang tamak?
Negara perlukan orang yang tahu menilai cara hidup berbangsa, berbudaya, beragama. Semua orang adalah sama. Hak setiap orang juga sama. Mengapa meminta-minta dan meronta-meronta seolah ada kuasa yang menghalang dan menidakkan hak sebagai manusia? Apa yang menghalang kita melakukan perubahan? Memilih untuk melakukan kerosakan dan berkata boleh melakukan rosak sedikit demi perubahan besar adalah sama seperti cerita sahabat yang mohon minum sikit untuk rasa bersalah dan bertaubat. Akhirnya terus mabuk, berzina dan membunuh.
Kita semua percaya tuhan bukan? Percaya adanya tuhan juga. Ada tuhan yang menyuruh melakukan sedikit kerosakan demi menjadi lebih baik?

Advertisements