Ada ahli agama yang tahu berapa simpang jalan di syurga, mengerti berapa pintu masuk ke dalamnya, tahu nama ma’waa dan na’im, tahu nama-nama bidadari yang ada didalamnya, tetapi tidak tahu berapa bilangan permatang sawahnya, tahu di mana malaikat yang mengatur langit dan bumi, tetapi dia tidak insaf bangsa manakah yang memerintah negeri dan bangsanya. Keinginan hendak ke syurga sahaja, sehingga dia lupa bahawa dunianya telah menjadi neraka kerana di jajah bangsa lain. Tahu bahawa kulit bangkai binatang yang di samak boleh di pakai, tetapi dia sendiri tidak tahu dimanakan kulit terompahnya di samak orang. Dia berfatwa bahawa tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menadah, tetapi hidupnya dari zakat!

Sebab itu, untuk kebahagiaan ilmu pengetahuan hendaklah dia diamalkan, dan agama islam adalah agama ilmu dan amal..