pernah cuba untuk menjadi susah?

bukan susah kerana masih tak dapat membeli ipad atau iphone4 yang terkini di pasaran. tapi susah kerana tiada makanan atau duit untuk membeli makanan.

pernah lihat golongan petani, orang di kawasan pinggir bandar meluahkan perasaan atau buat surat kepada kerajaan untuk mengadu nasib? atau mereka bertindak berdemonstrasi di masjid?

pernah lihat mereka mengeluh atau mengadu untuk memberi didikan ilmu kepada anak-anak dan keluarga?

pernah lihat mereka menghantar memorandum kepada agong atau sultan? pernah kita bertanya mereka? minyak ron berapa mereka guna?

kita pernah cuba untuk menjadi seperti mereka? mereka tiada impian atau cita-cita?

salah mereka atau kita?