Apabila keutamaan untuk menjadi popular atau memang suka mempermainkan minda manusia dengan sogokan kuasa politik, agenda yang tersembunyi atau hasrat peribadi. Kita mudah lupa, bahawa kuasa sebenar bukan kepada permainan minda, khabar angin, spekulasi berita di media dan cetakan.

Manusia lebih kepada ingin menjadi jaguh atau popular dengan berita-berita sensasi dan semasa.
Siapa lebih untung dengan permainan politik dan media? Pertubuhan? Agensi perisikan? Atau sembang-sembang kedai kopi berhawa dingin yang menyediakan makanan dan minuman secara terus 24jam?

Peranan pihak yang meniup berita atau maklumat sensasi secara terang dan sengaja mengaut keuntungan. Termasuk berita yang di anggap sulit dan perkauman. Kononnya bertindak demi kebenaran dan hak manusia, tapi akhirnya tamat dengan kepentingan seseorang atau pertubuhan politik semasa.

Mengapa ada strategi yang sedemikian? Peranan pemerintah? Pasti menerima semua berita dengan hati yang terbuka dan cuba mengelirukan dengan sebaik mungkin. Asalkan memenuhi agenda yang di rancang atau sepontan. Asalkan memenuhi selera semasa kepada pembaca atau pengkritik kerajaan atau bukan.