Pernah terfikir, bahawa situasi politik semasa yang berlaku adalah daripada perancangan yang teliti oleh sekumpulan orang dalam dan luar kerajaan? Merencana isu dan mengalih perhatian media kepada sesuatu isu kerana mahu mengelakkan isu yang lain?

Takdir? Kuasa tuhan? Yang mana satu akan menjadi kepercayaan orang? Kepelbagaian agama, bangsa serta kaum di Malaysia sudah pasti memberi impak yang besar kepada sebarang isu. Sama ada kecil atau besar, peranan media yang menyalurkan maklumat dengan tiada sekatan, menjadi kan sebarang maklumat adalah ‘bom’ yang bisa meledakkan letupan yang amat besar.

Jika dahulu bagaimana dua orang sahabat baik boleh bergaduh hanya kerana mahu membukti kan bahawa wresting wwf di tv itu adalah benar dan betul, manakala sorang lagi memang tahu bahawa perlawanan itu adalah dirancang dan di lakonkan semula. Pasti ramai yang masih anggap wrestling gusti itu benar-benar perlawanan hebat. Rakannya mati dipukul kerana kesahihan lakonan tersebut. Kisah benar di tahun 80. Termasuk juga rancangan realiti seperti survival, dan beberapi rancangan reality di Malaysia yang mengaut keuntungan jutaan ringgit semalam dengan hanya undi sms. Penipuan secara terancang dan sah dari segi undang-undang di Negara kita.

Bagaimana perlawanan bolasepak? Liga inggeris? Masih ingat seorang warga Malaysia yang di tangkap kerana mengaturkan perlawanan bolasepak liga inggeris tersebut? Bukan kan itu adalah perlawanan yang di rancang? Sekarang? Sudah tiada manusia yang berani mengatur perlawanan bolasepak tersebut? Ini juga kisah benar sekitar tahun 2000.

Advertisements