Lantikan Politik!

Leave a comment

#politik

Lantikan Politik!

Kepada Ahli dan Penyokong PAS, mereka mungkin tiada perasaan terhadap apa yang berlaku pada Nik Omar! Saya tak nampak pula ahli PAS keluar Parti atau pakat beramai2 bertaubat! Orang PAS anggap ‘salah faham keluarga’ sahaja. Tiada siapa rasa terganggu dengan kejadian tersebut? Benar ke kalau tidak menyokong PAS, tak masuk Syurga?

Selepas kejadian kafir mengkafir, orang UMNO anak zina dan sebagainya itu, saya diam sahaja. Tak bercakap, kerana dah terdidik begitu, kalau tak tahu jangan sebut atau buka mulut!

Selepas tahun 1999, saya mula perasaan AJK Masjid ada 2 set, JKK Kampung juga ada 2 set. Lantikan sah pula tu. 1 set AJK UMNO, 1 set AJK PAS. Dalam AJK Masjid, ada set ‘Orang Indonesia’ mereka pun ada beberapa ‘set’ terdiri dari Boyan, Acheh, Minang, Mandailing, Jawa dan beberapa lagi. Orang yang duduk di Gombak tahu la kot!

Kemudian lantikan JASA dan BTN tu juga, boleh tahan pakai pas kerja / guna logo Jata Negara.

Lebih menarik, baru2 ni PKR pula Menang! Saya agak lepas ni AJK Masjid , JKK Kampung dan AJK Orang Indonesia juga akan jadi 3 kumpulan.

Masyarakat dah lama rosak! Dalam 1 Masjid dalam 1 Qariah pun orang tak bersefahaman, nak jadi Amil pun berebut sebab dapat duit.

Jadi kalau nak sembang UMNO nak bangkit dan kembalikan ‘kuasa2 lantikan politik’ tu, saya rasa elok la Parti UMNO di haramkan juga seperti mana Parti PAS yang mengatur ‘Rakyat’ masuk Syurga tu..

Sam The Don
Rakyat Memerhati!

Advertisements

Game Of Thrones / Permainan Takhta! Barisan Nasional Kalah!

Leave a comment

#politik

Game Of Thrones / Permainan Takhta!

Barisan Nasional kalah!

Kena gegar dengan Orang Tua 93 tahun. Rakyat sambut meriah! Media segera melapurkan keadaan negara dalam keadaan baik, ekonomi stabil, minyak tak turun harga, ansur2 lantik menteri walau macam2 orang mengata! Pakatan Harapan baru daftar jadi Pertubuhan / Parti Politik yang sah! Pakatan Harapan berjaya memerintah negara kerana ‘kemarahan rakyat’.

Pengundi Pakatan Harapan tak peduli apa yang Tun bakal buat! Yang pengundi tahu, Barisan Nasional dad kalah! Manifesto ke, ale uto ke, siapa jadi menteri atau siapa jadi paderi dah tak penting.

Yang penting masa rakyat keluar mengundi adalah Barisan Nasional kalah! Banyak perkara Barisan Nasional buat! Tak sedar diri! Yang kaki lipat dan rembat tu memang ‘tersengih’ jela! Yang buat kerja di bawah ni? Yang kena ‘pukimak’ kat bawah ni? Yang selingsing lengan buat2 gempak acah2 melayu terakhir tu? Kan dah kencing atas kepala!

Bising pasal Kerajaan Pakatan Harapan tak tunai janji, diri sendiri pun basah kena kencing tak sempat lap lagi. Ambil tempurung, kencing dalam tempurung tu, cermin muka dalam tenpurung tu.. Kalau rasa bangga jadi langau teruskan menganjing!

Rakyat tak peduli siapa nak pimpin UMNO atau Barisan Nasional. Segigih mana pun orang UMNO akan bangkit, mulakan semula dari bawah pokok! Orang dah benci!

Dari Negeri Perlis Indra Kayangan hingga Negeri Sabah Pairin Ketinggan. Rakyat dah benci!

Jika benar perjuangan UMNO dan Barisan Nasional di pihak yang benar, masih ada sokongan rakyat, Polis dan Mahkamah masih ada! Cuba la pengaruhi Istana sekali. Mana la tahu kalau pihak istana sanggup susah payah bagi pengampunan dan memenangkan UMNO dan Barisan Nasional.

Boleh jadi ada benda yang Tun M dah buat dan boleh mendakwa Tun M si mahkamah. Undang2 membolehkan dia nak jadi apa pun dalam kerajaan baru! Manifesto hanya janji2 manis sebelum PRU, sama macam Manisfesto BN, boleh ke Rakyat tuntut janji2 dalam Manisfesto BN?

Kelakar tak sudah kan!

Sam The Don
Rakyat Sosialis!

Sam The Liberal Don!

Leave a comment

#revolusioner

Ketika pihak pengurusan bersetuju untuk uji cuba menggunakan handheld, saya di arahkan untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat yang agak terkenal. CEO nya ketika itu baru terima Anugerah CEO Melayu Terbaik di Malaysia.

Saya cuma menyediakan beberapa contoh aplikasi yang bersesuaian bagi tujuan memudahkan pengeluaran notis. Di pihak Jabatan Undang2 DB**, mereka ‘mengherdik’ keputusan saya kerana saya bergred rendah! Saya bukan pegawai pembuat keputusan. Saya tak terasa hati pun. Cuma saya membuat perbandingan contoh aplikasi yang sedia ada dan aplikasi yang saya cadangkan. Tapi Bendahari DB** Lim Kay ***** bersetuju dan menyokong pula pembelian ‘gadget’ tersebut kerana dapat ‘menyelamatkan sejumlah wang’ yang tidak mahu saya nyatakan.

Ketika saya mengemukakan cadangan, pihak ‘terbabit’ telah mempromosikan ‘idea saya’ pada PBT lain di seluruh Malaysia. Pada ketika pihak DB** buat keputusan nak beli dan guna aplikasi / handheld tersebut, pihak ‘terbabit’ memaklumkan pihak dia dah berjaya menandatangi perjanjian pembelian dengan 27 PBT seluruh Malaysia.

Setelah pihak DB** bersetuju membeli ‘gadget’ tersebut, CEO tu ada sebut sesuatu pada saya..

“Hisham, join us! You sebut apa yang you mahu!”,
Saya jawab, ‘Tak apa lah, kerja dan amanah saya di sini..’

Dia balas, ‘Kenapa berada di organisasi yang tak pernah menghargai kamu?

Saya balas dengan ketawa!

Semalam saya jumpa orang lain, di Forum Sisters In Islam tu.. Soalan yang sama di tanya lagi oleh orang lain. Cuma semalam, memang ada rasa nak menangis pula.

Ayat nya lebih kurang sama, cuma pendekatan nya berbeza sikit.
‘Such a waste dear! Pemikiran dan pengetahuan yang you ada, you bazir masa dengan majikan yang tak pernah hargai you.. ‘

Saya cuma balas, ‘Masa hebat saya dah berlalu Datin.. Lupakan.. Saya suka melihat gadis-gadis cantik macam
Datin.. Itu sudah cukup bagi saya.. ‘

‘You ni kan! Always happy!’

Saya senyum dan berlalu pergi..

Sam The Don
#ulangpost

Rendang Ayam!

Leave a comment

#puasa

Rendang Ayam!

Arwah mak suka! Kalau ada perkara yang mak suka, atau apa2 yang meriangkan hati dia, mak masak rendang. Biasa kalau masak, seekor ayam. Mak akan tangkap ayam, bawa jumpa sesiapa untuk sembelih.

Saya lebih selesa berbuka puasa dengan makan nasi. Tak kisah lauk apa pun, janji ada nasi. Kalau tak ada rendang, gulai tempoyak ikan sembilang, atau daging bakar cicah air asam. Kari ikan. Ayam Goreng. Jarang ada sayur. Tapi mesti ada ulam dan sambal belacan atau sambal tempoyak.

Mak lebih suka sambal pegaga dengan kelapa parut tu. Kadang2 mak buat nasi ulam, tapi tak banyak, sekadar untuk rasa2 sahaja. Kalau kuih, harap orang bagi jela kot. Kalau buat pun, agar2.

Orang kampung dulu, mana ada bazar2 ramadhan ni. Semua masak sendiri. Kemudian jiran2 sebelah hantar lauk atau kuih.

Yang terbaik bulan puasa ni, moreh la! Lepas penat2 main polis sentri, berkejar seluruh kampung main meriam, tetiba bila solat sunat witir, dah berada dalam saf!

Selesai moreh, tolong basuh cawan dan pinggan!

Sam The Don
Rakyat Sentimental!

3 Idiot! Kerangka Utama Pendidikan Negara!

Leave a comment

#3idiot

Saya terkejut! Untuk 5 tahun akan akan datang, itu ‘framework’ sistem pendidikan.

Saya pernah lihat Dr Maszlee Malik di Karangkraf dalam sebuah program bicara Wacana Sinar. Saya melihat beliau seorang ahli akedemik yang sinikal. Tidak pasti sokongannya kepada siapa, hingga lah beliau menjadi calon Parti Pribumi di Simpang Renggam.

Berdasarkan video dan youtube, beliau seorang yang berkebolehan dalam program bual bicara.

Tapi, hari ini, apabila kerangka utama sistem pendidikan negara adalah ‘3idiot’, saya mula rasa bimbang dengan masa depan pendidikan.

Saya gambarkan sistem yang menyeluruh pada sistem kerajaan, gred jawatan, pengkhususan bidang kajian.

Bagi bukan melayu, mereka bimbang aliran agama yang Dr Maszlee ikut, mereka ‘anggap’ Dr Maszlee adalah ‘Zakir Naik Malaysia’.

Jika benar cara ‘3idiot’ itu yang jadi sandaran, kita berada dalam zaman yang salah. Kerana ilmu tidak boleh di sampaikan begitu, ilmu itu adalah pekara ‘wajib dan harus’ menjadi tanggungjawab pemerintah. Soal anak-anak mahu ikut atau tidak, hanya setelah mereka berumur 18 tahun baru mereka boleh memilih aliran atau pekerjaan yang mereka mahu.

Kerana, kita ada ‘negara dunia’ yang perlu kita ‘tawan’ sebelum sampai ke ‘negara akhirat’.

Pengkhususan atau aliran itu adalah kepada ‘bahasa ilmu sedunia’, manakala ‘ilmu akhirat’ itu di sampaikan pada penganut agama yang berbilang kaum’

Kerana itu cadangan saya sebelum ini adalah pada sistem yang mewajibkan seorang individu itu belajar dari umur 6 hingga 18 tahun. Pengasingan aliran boleh ditentukan dengan kelayakan akedemik dan minat selepas dia tamat pengajian peringkat diploma ( pada umur 18 tahun )

Pada umur 15 tahun, pelajar akan di nilai untuk masuk program diploma berdasarkan ‘pencapaian rekod akedemik dan korikulum’ pada umur 16 tahun.

Oleh yang sedemikian, mereka akan ada capaian kepada sektor pekerjaaan yang akan mereka ceburi nanti. Sama ada pentadbiran, keselamatan, perindustrian, pendidikan, atau apa juga bentuk sistem pendidikan yang di perkenalkan supaya memenuhi kehendak keperluan ‘pekerjaan negara’.

Saya fikir itu lebih mudah di bincangkan! Perhalusi sistem mengajar, elak pembaziran tenaga pengajar.

Sam The Don
Rakyat Berilmu!

DS Anwar Ibrahim

Leave a comment

#kilasanhati

DS Anwar Ibrahim

Selawat dan salam ke atas junjungan

Sebagai rakyat, sebenarnya saya terasa hati, atas ucapan / tindakan DS Anwar di malam pembebasannya. Terutama pada ungkapan DS Anwar mohon izin menggunakan ‘perbualan pengampunan’ itu sebagai ucapan pembebasannya. Pertanyaan YDPA kepada Datin Dr Wan Azizah tentang kesediaannya menjadi Perdana Menteri, tentang kesanggupan nya kembali ke parlimen / politik negara, tentang pangilan2 telefon dari kenamaan negara Arab seperti Presiden Turki, Resep Tayyip Erdogan, Sheikh Yusof Qardawi, dan beberapa lagi nama kenamaan dari negara Arab yang saya sendiri lupa. Mereka mahu kamu jadi penasihat negara negara Arab barangkali.

Hanya menimbulkan ‘kemarahan’ saya! Yang membebaskan dia adalah kerana Tun M dan Rakyat, Tun M kembali turun ke jalan dan bawa suara rakyat ke kertas undi dan menjelmalah Pakatan Harapan!

Terima kasih rakyat! Saya andaikan bukan saya seorang sedar dan faham akan maksudnya DS Anwar, dia mahu kembali menjadi jaguh! Tapi dia lupa, selama dia hidup, dia hanya sempat menjadi no 2! Tak pernah lagi jadi no 1, sedangkan Orang TUA itu dah Dua Kali jadi Orang No 1. Kamu mungkin tak sedar, kuasa kebangkitan Rakyat kali ini kerana ‘Kemarahan Rakyat Kepada Barisan Nasional’.

DS Anwar,

Malam kebebasan itu sepatutnya kamu bersyukur kepada Allah! Kamu terus memuji kebesaran Allah, Kamu mensyukuri pembebasan kamu bersama rakyat! Kamu berterima kasih kepada Rakyat dan Orang Yang Mengundi PKR!

Kamu bebas bukan kerana kawan2 kamu dari luar negara atau pemimpin negara Islam di Timur Tengah atau Arab tu..

Sam The Don
Pemikir Rakyat!

Islam Saya – Tun Dr Mahathir

Leave a comment

ISLAM SAYA

31 Mar 2018

1. Bukan sahaja saya terlalu tua untuk jadi Perdana Menteri, sekarang saya diberitahu saya tidak layak kerana pemikiran Islam saya tidak betul.
2. Kenapa tidak betul? Kerana rekod-rekod saya tidak mempunyai kefahaman Islam yang betul berasas pada sebutan oleh Almarhum Datuk Dr Harun Din. Saya dikatakan dalam golongan “muktazilah” yang utamakan akal, iaitu saya guna akal fikiran.
3. Tetapi Al-Quran menyebut berkali-kali akan mustahaknya mengguna akal fikiran.
Sila rujuk:
Surah Al-Baqarah Ayat 164, 179
Surah Al Imran Ayat 7, 65, 190
Surah Al Maidah Ayat 100,103
Surah Hud Ayat 51
Surah Yusuf Ayat 111
Surah Ar-Rad Ayat 3, 4,19
Surah Taha Ayat 54
Surah Az-Zumar Ayat 9
Surah Al-Hasyr Ayat 2
Tidak disebut dalam Al-Quran larangan berfikir dan terima sahaja semua pendapat dari pakar Islam bahawa fahaman Islam kamu tidak betul. Ia lebih tidak betul kerana tidak menerima bulat-bulat hadith Nabi.
4. Hadis Nabi termasuk dalam bahagian sunnah dalam Islam. Mengamal sunnah adalah baik dan mendapat pahala untuk akhirat. Tetapi jika tidak mengamalnya tidak berdosa. Tidak ada larangan jika diutamakan Al-Quran apabila ada kelainan antara hadis dengan Al-Quran.
5. Saya dapati hukum hudud Islam berbeza dengan hukum hudud PAS. Mengikut Al-Quran yang diutamakan dalam Islam ialah keadilan. Terdapat lebih 40 ayat yang menegas apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.
Sila rujuk
Surah Al Maidah Ayat 8, 42
Surah Al-Araf Ayat 29
Surah Yunus Ayat 54
Surah Yusuf Ayat 26, 27
Surah An-Nahl Ayat 90
Surah Sad Ayat 22, 26
Surah Az-Zumar Ayat 29,75
Surah Al-Ghafir Ayat 20,78
Surah Asy-Syura Ayat 40
Surah Ar-Rahman Ayat 7, 8
Surat Al-Hadid Ayat 25
Surah Al-Mumtahanah Ayat 8
Surah At-Tin Ayat 8
6. Tetapi Hudud PAS utamakan empat saksi dan hukuman yang terberat, termasuk rejam dengan batu dan pancung kepala.
7. Jika seorang wanita lapor ia dirogol oleh sipolan-sipolan, oleh kerana tidak ada empat saksi yang tidak menanggung dosa besar, maka laporannya dianggap palsu. Ia akan dihukum sebat. Jika ia mengandung dan lahir anak maka ia akan dituduh berzina dan sekali lagi akan dihukum rejam dengan batu oleh orang ramai sampai mati.
8. Perogol walaupun dikenali oleh mangsanya tidak akan didapati bersalah dan akan bebas dari sebarang tuduhan.
9. Adilkah apabila mangsa dihukum dan pencabul bebas dari dituduh kerana tidak ada empat saksi. Jika dianggap tidak adil, maka ia tidak Islam. Islam tidak zalim.
10. Tetapi inilah hudud PAS. Ternampak terlalu ghairah untuk menunjuk betapa kuatnya pegangan mereka kepada kononnya ajaran Islam. Dengan ini Islam mendapat imej yang amat buruk.
11. Hudud PAS ini akan dikenakan kepada orang Islam sahaja. Jika orang Islam mencuri tangannya akan dipotong.
12. Tetapi jika orang bukan Islam mencuri, ia akan dipenjara dua bulan.
13. Dalam masyarakat berbilang agama di Malaysia, adilkah perbezaan hukum yang ketara ini?
14. Pendapat saya yang kerdil ini, hukuman ini tidak adil. Oleh kerana ia tidak adil maka ia bukan Islam. Ia adalah hudud PAS.
15. Hukum tanpa saksi empat. Dalam Surah Yusuf, terkoyaknya baju Yusuf disebelah belakang diterima dalam Quran sebagai bukti yang mengejar ialah Zulaikha dan bukan Yusuf seperti yang didakwa oleh Zulaikha.
16. Apakah pengajaran bagi orang Islam dalam cerita Yusuf dengan Zulaikha. Yang jelas ialah empat orang saksi tidak selalu perlu. Hanya kerana baju Yusuf koyak dari belakang, maka ini diterima sebagai bukti bahawa yang mengejar ialah Zulaikha.
17. Cerita ini adalah diantara ayat mutasyabihat, iaitu ayat Al-Quran yang tidak khusus seperti ayat muhkamat. Ayat mutasyabihat memberi panduan yang tidak kurang penting bagi cara hidup Islam. Terpulanglah kepada orang Islam mengguna akal fikiran untuk mendapat panduan dirinya.
18. Keghairahan sesetengah pentafsir menunjuk betapa kerasnya hukum Islam sehingga tidak mengendah keadilan menjadikan agama Islam agama yang tidak berperikemanusiaan. Walhal Islam adalah agama yang adil, bertimbang rasa dan suka bermaaf-maafan dan mengampun dalam menghukum.
19. Berhubung dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong para 39 berkata “Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain”. Para 40 berkata “Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat”
1. Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seorang Menteri yang bertindak dibawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini: tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.
1(A). Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.
2. Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi berikut, iaitu:
a. melantik seorang Perdana Menteri;
b. tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran parlimen;
c. meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu.
Kuasa memelihara pada setiap masa Agama Islam ada pada Yang di-Pertuan Agong. Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan.
Hadis, Sunnah Nabi
20. Di waktu Al Bukhari mengkaji hadis, terdapat 600,000 hadis. Dari 600,000 ini Bukhari mengesahkan hanya 7000. 593,000 adalah tidak sahih. Pendapat Tarmizi Muslim dan lain-lain pengkaji juga demikian walaupun ada yang tidak sama yang disahkan oleh seorang dan tidak oleh pengkaji lain.
21. Mereka ini adalah manusia biasa dengan kelemahan-kelemahan manusia.
22. Al-Quran adalah catitan wahyu Allah Subhanahu Wataala. Semua Al-Quran adalah sama. Salahkah jika kita pegang kepada wahyu Allah yang disampaikan kepada Muhammad untuk disampaikan kepada umat manusia.
23. Dalam Al-Quran jika hukum sebat hendak dikenakan tentukan dahulu kesalahan. Jika tidak, ada kemungkinan ketidakadilan akan berlaku.
Perdana Menteri
24. Perdana Menteri diberi ramai penasihat, diantaranya ialah penasihat agama, bukan seorang tetapi ramai. Yang rasmi dan tidak rasmi.
25. Nampak penulis berpendapat bahawa Perdana Menteri sekarang sedang mengamal maarof, menolak yang mungkar apabila ia anggap “Cash is King” “Wang itu Raja” dan terus guna wang bermillion untuk sogokan dan beli undi. Ya. Sembahyang didirikan dan zakat diberi dari wang yang disamun.
26. Bagi penulis yang menyoal kebetulan Islam saya, tentulah ia anggap kebetulan Najib lebih betul dan beliau lebih layak jadi Perdana Menteri.

Older Entries